Friday, 7 September 2012

SEMINAR KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Seminar Kebangsaan Penyelidikan & Inovasi  (zon tengah) SKPI 2012 akan berlangsung dii Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.
Tarikh : 11 - 12 September 2012
Tema: PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMPERKASA KUALITI PENDIDIKAN TVET
Anjuran Bersama: Politeknik Sultan Azlan Shah dan Jabatan Pengajian Politeknik Sebanyak 38 kertas kajian akan dibentangkan dan 6 Politeknik terlibat dalam membentangkan hasil kajian mereka.Oleh itu datanglah beramai-ramai memeriahkan sesi pembentangan ini disamping menyokong hasil kajian yang dilakukan.

Thursday, 6 September 2012

CARA-CARA MEMANAH




Secara harfiahnya, memanah dilihat sebagai sesuatu aktiviti yang mudah dari sudut ketiga, dari cara permainannya dan secara keseluruhan. Frasa ‘belum cuba belum tahu‘ amat membantu permainan yang menawarkan pelbagai manfaat dari pelbagai sudut ini untuk diketengahkan kepada golongan remaja.

Berpeluang mendalami sukan ekstrem ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh penulis. Tanpa disedari banyak sebenarnya yang boleh dikupas tatkala mendengar penjelasannya sahaja. Archery atau lebih luas dikenali di Malaysia sebagai sukan memanah mula mendapat perhatian sejak dua dekad yang lalu. Sering dikaitkan dengan kestabilan dan daya fokus tinggi, sukan yang mementingkan disiplin ini boleh dipelajari di peringkat dewasa, para remaja dan juga kanak-kanak seawal usia tujuh tahun lagi. Kebiasaannya jarak di antara pemain dan sasaran berada sekitar lima meter buat mereka yang masih baru manakala mereka yang sudah biasa atau golongan profesional boleh mengacu daripada jarak sehingga 10 meter.

Peralatan

Permainan Bow atau busur merupakan peralatan terpenting selain anak panah yang digunakan bersama. Busur dicipta bagi memudahkan para pemain. Ia direka bersesuaian buat mereka yang menggunakan tangan kanan atau kidal, di mana terdapat dua bahagian utama yang dipanggil upper dan lower selain arrow rasp bagi penetapan anak panah ketika mula menyasar. Terdapat juga busur yang direka untuk golongan kanak-kanak. Beralih kepada anak panah, ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian adalah nock dan vanes yang terletak di bahagian belakang. Nock bertindak memudahkan arrow dipasang pada string manakala vanes direka secara spesifik bagi tujuan pengawalan angin. Bahan utama bagi busur ialah kayu daripada jenis berbeza buat anak panah yang boleh didapati dalam pelbagai jenis antaranya karbon, aluminium atau kayu.

Aksesori Tambahan

Antara peralatan lain yang boleh dikenakan sebagai tujuan perlindungan ialah Finger Tab, Armguards, Chest Protector dan Bow Carries. Finger Tab dipasang pada tiga jari (satu atas dua di bawah) bertindak melindungi jari dari terluka sewaktu menarik tali panah. Armguards digunakan untuk memelihara pergelangan tangan daripada dipukul tali busur, selain membantu mengetatkan pergelangan tangan pada baju. Chest Protector pula disarankan buat pemain kerana ia berkesan menjaga pakaian daripada selaran string bow lantaran diperbuat daripada jaring nilon elastik. Akhir sekali bow carries yang digunakan untuk meletakkan busur. Ia terdapat dalam pelbagai jenis antaranya besi dan aluminium.

Gerak Gaya

Bagi mereka yang kurang pendekatan tentang permainan yang mengemukakan cara pengiraan mata sepuluh hingga satu bergantung pada sasaran ini, terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi. Misalnya apabila menarik tali busur, pastikan pemain hanya menarik menggunakan tiga jari (jari telunjuk, tengah dan manis) dan kedudukan tangan perlulah selari. Beri lebih perhatian terhadap dua cara berdiri iaitu cara membuka kaki dalam keadaan sekata mahupun salah satunya berada sedikit di hadapan. Para pemain dinasihatkan supaya tidak memakai apa-apa aksesori ekoran ia bakal mengganggu alur permainan. Juga diingatkan agar tidak memegang anak panah, lantas semasa menarik tali biarlah sehingga mendekati muka. Berbicara tentang anak panah, terdapat cara istimewa untuk mencabut daripada kotak sasaran. Pemain perlulah tahu bagaimana untuk menahan permukaan semasa mencabut agar anak panah agar ia tidak rosak, patah atau bengkok.

Monday, 3 September 2012

PROGRAM DERMA DARAH PERDANA

Sukacita dimaklumkan bahawa program derma darah perdana Politeknik Malaysia akan diadakan pada 11 September 2012 dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Politeknik Malaysia mensasarkan seramai 12 700 orang pelajar dan staf dari semua Politeknik akan menderma darah. PSAS mensasarkan 800 orang penderma darah akan terlibat dalam program tersebut terdiri dari staf, pelajar dan penduduk sekitar PSAS.
Tarikh : 11 September 2012 (Selasa)

Tempat : Dewan Serbaguna PSAS

Masa : 8.00 pg hingga 4.30 ptg


Sasaran

Pelajar:

JKA – 200 orang
JKE – 200 orang
JKM – 200 orang
JP – 200 orang

Staf:

JKA – 20 orang
JKE – 20 orang
JKM – 20 orang
JP – 20 orang
JPA – 10 orang
JMSK – 10 orang
Unit & Pentadbiran – 20 orang


"Derma Darah, Selamatkan Nyawa"